Novencia Clinic telah mengadakan Majlis Perasmian & Rumah Terbuka Aidilfitri pada 12 April 2025. Dalam majlis tersebut, telah dihadiri oleh beberapa VVIP jemputan serta penduduk sekitar Kota Laksamana, Melaka seramai lebih kurang 600 kehadiran.
Antara VVIP yang hadir adalah Yang di-Pertuan Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam selaku perasmi majlis.
Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa pemimpin besar Negeri Melaka, antaranya :
1) YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka
2) YB Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka
3) YB Low Chee Leong, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa vendor yang telah dijemput untuk membuka booth di majlis tersebut antaranya seperti Bank Islam, National Cancer Society, Malaysia,Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),World Vision Optics & pembekal-pembekal Novencia Clinic.
Ini merupakan majlis tersebar yang pernah diadakan oleh Novencia Clinic sejak penubuhannya pada awal November 2024. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua kakitangan Novencia Clinic khususnya serta staf An-Nur Healthcare Sdn Bhd amnya.