Vaksin Tdap Percuma Untuk Ibu Mengandung

Wanita Hamil Disarankan Setiap Kehamilan Antara Minggu ke-27 hingga 36 Untuk Lindungi Bayi Baru Lahir Daripada Batuk Kokol.

Vaksin Ibu Mengandung

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata vaksin Tdap ditawarkan di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu di seluruh negara.

"Vaksin ini bertujuan memberi perlindungan awal kepada bayi baru lahir yang sangat terdedah kepada komplikasi pertusis atau batuk kokol sebelum melengkapkan jadual vaksinasi.

"Kajian antarabangsa juga telah menunjukkan bahawa vaksin ini selamat dan berkesan, tanpa meningkatkan risiko kepada ibu atau bayi," katanya pada Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Dzulkelfly berkata KKM tidak mewajibkan ibu mengandung untuk mengambil vaksin Tdap, namun amat menggalakkan mereka untuk mengambil vaksin itu.

Apa Sebenarnya Itu fungi Vaksin Tdap

  • T - Tetanus: jangkitan serius akibat bakteria yang biasanya masuk melalui luka. Boleh sebabkan kekejangan otot yang kuat.
  • d - Difteria: jangkitan bakteria yang menyerang tekak dan saluran pernafasan, boleh bawa maut kalau tak dirawat.
  • aP - Pertussis (batuk kokol): batuk yang sangat kuat, berpanjangan, dan berbahaya terutamanya bagi bayi.

Siapa Yang Perlukan Vaksin Tdap?

  • Remaja & dewasa: biasanya diberikan sekali dalam hidup sebagai booster, terutama jika tak pernah terima vaksin DTaP semasa kecil.

  • Wanita hamil: disarankan setiap kehamilan (antara minggu ke-27 hingga 36) untuk lindungi bayi baru lahir daripada batuk kokol.

  • Pekerja kesihatan, penjaga bayi, dan sesiapa yang tinggal bersama bayi juga digalakkan ambil.

Jika anda berminat untuk dapatkan rawatan doktor untuk bayi anda, boleh dapatkan di Novencia Clinic

Dapatkan nasihat daripada doktor berpengalaman kami. Hubungi kami di talian 010-353 5450
Alamat
No.1 (Ground Floor), Jalan KSB 17,
Taman Kota Syahbandar, 75200 Kota Laksamana, Melaka.
No. Whatsapp
+60103535450